Azalina jelas surat kepada SPR
Ketua Puteri Umno Datuk Azalina Othman Said mengakui bahawa beliau ada menghantar surat rasmi kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebagai usaha membantu mendapatkan pekerjaan kepada ahli-ahli pergerakan itu.
Ketua Puteri Umno Datuk Azalina Othman Said mengakui bahawa beliau ada menghantar surat rasmi kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebagai usaha membantu mendapatkan pekerjaan kepada ahli-ahli pergerakan itu.
Katanya, sebagai ketua Puteri Umno, beliau bertanggungjawab membantu anak buahnya yang tidak mempunyai pekerjaan, lalu diadakan pertemuan dengan agensi-agensi kerajaan.
memetik Azalina sebagai berkata, ahli-ahli pergerakan itu telah menghantar surat secara rasmi kepada agensi-agensi berkenaan untuk mendapat peluang pekerjaan bagi anggota parti yang dibuat secara telus.
"Dulu, Puteri Umno ada 5,000 ahli daripada pelbagai latar belakang pendidikan dengan ada yang tidak mempunyai pekerjaan. Dan saya rasa saya bertanggungjawab membantu mereka dengan menulis surat kepada agensi kerajaan dan selepas itu kita tidak tahu sama ada mereka dipanggil atau tidak (untuk dapat kerja).
"Begitu juga dengan SPR, kita hantar surat secara rasmi sebab kalau betul kita nak peralatkan SPR, buat apa surat dibuat, baik kita ikut pintu belakang sahaja dan ia tidak diketahui oleh sesiapa pun," katanya.
Sebelum ini, ahli Parlimen PAS dari Pokok Sena, Mahfuz Omar mendakwa SPR telah bersetuju untuk mengambil ahli Puteri Umno sebagai pekerja sambilan, bagi membantu suruhanjaya itu membuat persiapan untuk pilihanraya umum akan datang.
Menutup kelemahan
Bagaimanapun, naib presiden PAS, Datuk Mustafa Ali memberitahu pemberita semalam yang pihaknya tidak akan membangkitkan lagi isu tersebut, selepas menerima penjelasan pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berhubung perkara itu dalam pertemuan semalam.
Ketika ditanya mengapa perkara itu boleh disebarkan, Azalina berkata beliau tidak boleh membuat andaian tetapi bersetuju diadakan siasatan bagaimana surat seperti itu boleh terlepas ke tangan pembangkang sehingga ia menjadi isu.
Sambil menyifatkannya sebagai propaganda murahan PAS, beliau menegasnya isu itu tidak memberi kesan kepada politik Puteri Umno dan Umno sendiri kerana ia jelas adalah satu pembohongan PAS untuk mengalih pandangan rakyat.
Sebaliknya, Azalina mendakwa PAS cuba menimbulkan keraguan rakyat terhadap SPR, termasuk mengaitkannya dengan pergerakan itu, kerana mahu menutup kelemahan parti itu sendiri.
Beliau mendakwa keputusan pemilihan kepimpinan PAS dalam muktamar parti itu baru-baru ini menunjukkan berlaku trend perpecahan dalam parti pembangkang tersebut.
"Mereka tidak hebohkan (perkara itu) dan kerana itu mereka sudah tiada isu sehingga sanggup mengecam SPR," katanya selepas perasmian Operasi Bakti Puteri peringkat negeri di Kuala Terengganu hari ini.
Katanya, dua pemimpin PAS yang kuat menghentam Puteri Umno - Mahfuz dan Mohamad Sabu - turut gagal jawatan naib presiden dalam parti pembangkang itu.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.