Perhimpunan tuntut KUIN gugur tindakan atas 6 siswa

       

Kira-kira 300 siswa mengadakan perhimpunan aman di perkarangan sebuah universiti milik kerajaan negeri Kedah hari ini, kerana membantah penggantungan lima siswa kerana menyertai satu 'perhimpunan haram'.

NONE Manakala siswa keenam didenda RM100 kerana menyertai perhimpunan pelajar pada bulan April, untuk menggesa pihak pengurusan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) menimbang semula menggunakan salah sebuah bangunan kolej kediamannya sebagai kelas untuk pelajar pengajian Al-Quran.

Peserta perhimpunan hari ini - yang memakai ikatan merah di kepala dan membawa plakad yang menuntut pihak pengurusan KUIN menimbang semula hukuman penggantungan dan denda itu - disokong oleh kumpulan aktivis Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).

SMM merupakan gabungan tujuh kumpulan pelajar di seluruh negara, termasuk Gerakan Demokratik Pelajar dan Belia Malaysia (Dema), Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) dan Gerakan Pelajar Unisel (Universiti Selangor).

NONE Mereka berkumpul di sudut pidato KUIN pada kira-kira 2 petang,

dan 30 minit kemudian, menyerahkan memorandum, yang disokong oleh 2,500 pelajar, kepada rektor KUIN, Dr Jamil Osman.

Tiada tindakan diambil terhadap mereka yang mengadakan bantahan tersebut yang berjalan secara senyap dan berdisiplin.

Seorang jurucakap universiti tersebut, yang tidak mahu namanya disebut berkata, rektor telah menjemput wakil pelajar untuk membincangkan isu tersebut semalam, tetapi tiada seorang pun yang hadir.

Katanya, tiada tindakan yang akan diambil terhadap pelajar yang mengadakan bantahan hari ini, sambil menambah mereka mungkin telah dipengaruhi oleh pihak-pihak tertentu yang tidak puas hati dengan cara kerajaan Kedah untuk mentadbir negeri itu.

[Baca berita penuh]

Malaysiakini
terkini untuk anda