Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini memerintah The Edge untuk membayar pampasan kepada Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussin berhubung saman fitnah yang diambil terhadap akhbar kewangan harian itu.
Hakim Datuk Zaleha Yusof dalam penghakimannya semalam berkata timbalan menteri itu telah berjaya membuktikan kecuaian seperti yang didakwa dan mengarahkan pampasan ditaksir oleh penolong pendaftar.
Beliau juga mengarahkan The Edge membayar RM8,000 sebagai kos.
Awang Adek menamakan The Edge Communications Sdn Bhd, ketua pengarangnya Dorothy Teoh, bekas penulis kanan Chan Kok Leong dan KHL Printing Co Sdn Bhd sebagai defenden.
Beliau menuntut RM10 juta sebagai pampasan dalam saman yang dikemukakan pada 18 Ogos tahun lalu.
Ia berkenaan sebuah rencana yang diterbitkan oleh akhbar itu dengan tajuk "Ascot given preference due to its experience, says MoF".
Artikel itu kononnya beliau mengumumkan bahawa kerajaan telah mengeluarkan lesen judi bola sepak kepada sebuah syarikat, Ascot Sport Sdn Bhd.
Artikel itu ditulis seolah-olah Awang Adek telah mendedahkan syarat-syarat pgeluaran lesen judi bola sepak sempena Piala Dunia 2010 pada sidang akhbar Parlimen bagi menjawab pertanyaan Datuk Mahfuz Omar.
