Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob memberi jaminan persembahan opera Cina tidak diharamkan tetapi menasihatkan penganjurnya supaya merendahkan muzik berkenaan khususnya ketika waktu solat umat Islam.

penang crime police lim guan eng event pc 260908 ayub yaakob Persembahan kebudayaan itu yang dijadualkan selama tiga hari kebetulan jatuh di bulan Ramadan yang bermula Isnin lalu.

Menurut Ayub, dakwaan kononnya pihak polis menghentikan dua pertunjukan di  Jalan Ah Quee dan Sek Chuan, adalah tidak benar.

Katanya, OCPD George Town Gan Kon Meng telah memaklumkan bahawa polis hanya menasihatkan penganjur supaya merendahkan muzik opera semasa waktu solat dan mereka bersetuju mematuhinya.

Polis bertindak selepas menerima aduan daripada jawatankuas masjid berhampiran.

“Tida ada larangan, mereka masih boleh teruskan, jangan panik,” kata Gan kepada Malaysiakini .

"Ada aduan, malah aduan tahun lalujuga mengatakan muzik terlalu kuat tetapi kami telah berbincang dengan penganjur dan masalah telah selesai. Saya tidak mahu perkara ini diperbesarkan tanpa sebab,” tegasnya.

[Baca berita penuh]