Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
K'jaan Terengganu, Pahang umum bayar bonus
Diterbitkan:  Aug 10, 2011 12:52 PM
Dikemaskini: 5:07 AM

Kerajaan Terengganu dan Pahang merupakan dua kerajaan negeri yang setakat ini mengumumkan keputusan mengikut langkah kerajaan pusat membayar bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam pada bulan ini.

    

azlan "Kalau kerajaan pusat beri bonus, kita pun akan bagi sebagaimana jumlah yang dibayar kepada penjawat awam," kata Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said.

Katanya ia melibatkan 20,000 penjawat awam termasuk pekerja badan berkanun.

    

Ahmad berkata bayaran itu melibatkan peruntukan RM10 juta.

Di KUANTAN, Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata pembayaran bonus di melibatkan 12,570 penjawat awam di negeri itu.

    

Adnan menolak dakwaan sesetengah pihak kononnya pemberian bonus itu satu pembaziran, sebaliknya ia bagi menghargai sumbangan dan dedikasi penjawat awam dalam membangunkan negara.

- Bernama

ADS