Malaysiakini BERITA

Impak BERSIH 2.0 ke atas luar bandar 'tak ketara'

Hazlan Zakaria  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Di sebalik liputan dan publisiti meluas sama ada di dalam negara mahupun di luar negara yang ditimbulkan oleh perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu, badan bancian tempatan, Merdeka Centre berpendapat impak dan kesannya ke atas rakyat adalah terlalu kecil.

NONE "Tidak ada peralihan ketara yang dikesan," kata pengarahnya Ibrahim Suffian ( kanan ) kepada Malaysiakini dalam wawancara eksklusif semalam.

Beliau menjelaskan banciannya menunjukkan tahap sokongan popular lebih kurang konsisten, sebelum dan selepas perhimpunan itu diadakan.

Katanya, sebarang pengurangan bagi sokongan kepada BN yang dikesan adalah tidak ketara dan lebih menjurus ke arah persepsi pemimpin tertentu.

"Saya fikir BN masih menguasai majoriti, khususnya di kalangan orang Melayu. Kira-kira 55 hingga 58 peratus."

Ditanya sama ada kehadiran ribuan peserta pada perhimpunan itu dengan jumlah golongan muda yang sebegitu ramai adalah ukuran sebenar sokongan untuk reformasi pilihan raya, Ibrahim  berkata andaian itu hanya benar bagi suatu pecahan kecil penduduk.

Tak peduli

"Pada perhimpunan itu, ya, mungkin yang hadir adalah ribuan, tetapi apabila kita melakukan kaji selidik, kita mengambil kira jumlah penduduk lebih luas di seluruh negara," kata Ibrahim apabila ditanya mengenai kesan perhimpunan 9 Julai itu.

bersih rally july 9 crowd face-off with police 1 Meskipun kerajaan mengisytiharkan BERSIH 2.0 sebagai pertubuhan haram dan bertindak keras dengan menghambat penyokongnya, usaha itu gagal menghalang ribuan rakyat untuk turun ke jalanan di Kuala Lumpur.

Namun bagi Ibrahim, jutaan lagi rakyat Malaysia di luar Lembah Klang yang tidak pernah mengetahui mengenai BERSIH 2.0 mahupun mengambil peduli tentangnya.

Alasan utama, katanya adalah kerana kekurangan akses kepada berita alternatif untuk kebanyakan rakyat Malaysia yang tinggal di luar bandar-bandar utama.

Bancian baru-baru ini cuba meninjau respon daripada golongan muda mengenai pendapat mereka mengenai BERSIH yang menjadi sebagai sebahagian daripada kaji selidik Merdeka Centre.

Menurut Ibrahim, antara jawapan yang banyak diterima ialah:"Saya tidak tahu. Saya dengar mereka mahu berhimpun dan saya tidak ambil peduli hal politik,”.

NONE Walaupun menolak kesan serta-merta perhimpunan BERSIH di luar Lembah Klang, Ibrahim berkata tidak mustahil jika percikannya akan terus merebak.

"Kesan sebenar BERSIh bukan pada hari ia dianjurkan, sama seperti pada tahun 2007. Begitu juga dengan perhimpunan Hindraf dan BERSIH yang pertama.

"Aktivis kini akan digerakkan. Dari segi psikologi mereka kini lebih terangsang dan akan melakukan lebih banyak perkara lain," katanya.

Menurut Ibrahim sejak BERSIH 2.0, lebih banyak masalah pilihan raya dan kepincangan kerajaan khususnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) didedahkan oleh media, NGO atau pihak-pihak lain setiap hari.

[Baca berita penuh]