Kerajaan tidak akan biar undang-undang bercanggah Perlembagan
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan kerajaan tidak boleh membiarkan kecenderungan pihak tertentu yang mempunyai kepentingan politik sempit untuk melaksanakan undang-undang yang terkeluar daripada kerangka yang digariskan dalam Perlembagaan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan kerajaan tidak boleh membiarkan kecenderungan pihak tertentu yang mempunyai kepentingan politik sempit untuk melaksanakan undang-undang yang terkeluar daripada kerangka yang digariskan dalam Perlembagaan.
Sambil menegaskan perkara itu, jika dibiarkan, akan memusnahkan asas dan landasan negara, beliau berkata: "Tindakan golongan ini akan mengubah struktur asas masyarakat Malaysia yang selama ini telah hidup dalam keadaan harmoni, aman dan bertoleransi."
Menurut laporan Bernama , beliau berkata sebarang usaha yang menyentuh soal perpaduan nasional, tidak seharusnya dijalankan sebagai eksperimen.
Abdullah menegaskan demikian di majlis pelancaran Perlembagaan Persekutuan Teks Bahasa Kebangsaan di Seri Kembangan dekat sini hari ini, yang telah disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail.
Walaun Abdullah tidak menyebut secara khusus, tetapi difahamkan ia mungkin merujuk kepada laporan bahawa kerajaan negeri Terengganu akan mewartakan Rang Undang-Undang Jenayah Syariah (Qisas dan Hudud) bulan depan.
Laporan itu memetik Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Abdul Haji Awang sebagai berkata, enakmen itu telahpun mendapat perkenan daripada Sultan Terenggganu.
Agama Islam
Abdullah yang juga Menteri Dalam Negeri menegaskan, Perlembagaan merupakan tulang belakang kedaulatan negara dan oleh itu, setiap rakyat mempunyai peranan dan tanggungjawab mempertahankan kedudukannya demi menegakkan kedaulatan dan kemerdekaan negara ini.
"Sebagai rakyat Malaysia, apa yang penting kita semua hendaklah sentiasa menghormati dan mendokong segala peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan dalam Perlembagaan. Inilah yang terbaik untuk ketenteraman dan kejayaan Malaysia dan bangsanya," katanya
Beliau juga mengingatkan rakyat supaya waspada dan bersatu menentang segala bentuk ancaman dan unsur jahat yang cuba meruntuhkan negara.
Malaysia, tegas beliau, merupakan sebuah negara Islam dan agama Islam diiktiraf sebagai agama Persekutuan oleh Perlembagaan dan hal ini tidak dapat ditolak oleh sesiapapun.
"Kepentingan nilai-nilai Islam turut diterapkan dalam sistem pentadbiran kerajaan. Nilai-nilai murni seperti jujur, amanah, berilmu, ikhlas, berusaha dan progresif dipupuk di kalangan penjawat awam bagi memastikan mereka bebas daripada unsur-unsur negatif," katanya.
Perlembagaan, menurut Abdullah, menyediakan asas dan panduan kepada sistem pemerintahan dan pentadbiran negara serta mengandungi peruntukan yang jelas mengenai konsep pengasingan kuasa antara badan eksekutif, perundangan dan kehakiman.
Sebagai undang-undang utama persekutuan, katanya, Perlembagaan juga menjamin dan melindungi hak asas setiap individu, kaum dan agama di negara ini.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.