Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Dua saksi potensi bagi perbicaraan liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim ditemubual oleh peguam ketua pembangkang itu hari ini.

Mereka adalah pengawal peribadinya Mokhtar Mustafa dan pemandunya Abdullah Sani Said.

NONE Mereka ditemubual selama hampir sejam oleh peguam Karpal Singh dan Sankara Nair.

Anwar turut hadir pada sesi temubual itu.

Menurut Karpal Singh, dua lagi saksi akan ditemubual esok. Mereka adalah pemilik kondominium di mana kejadian meliwat itu didakwa berlaku, iaitu Hasanuddin Abd Hamid dan  Noor Sham Abdul Hamid.

“Tiada petunjuk bilakita boleh dapat temubual Perdana Menteri Najib Abdul Razak dan isterinya  Rosmah Mansor.

“Mahkamah telah memberikan pihak pendakwaan tempoh seminggu untuk membekalkan saksi untuk ditemubual oleh pihak pembelaan sebelum perbicaraan membela Anwar bermula. Jadi kita tunggu dan lihat,” katanya.

[Baca berita penuh]

ADS