Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rejimen 501 Askar Wataniah tubuh kompeni Cina
Diterbitkan:  Aug 13, 2011 4:58 PM
Dikemaskini: 9:33 AM

Rejimen 501 Askar Wataniah yang berpangkalan di Kem Sri Rajang di Sibu bercadang menubuhkan satu kompeni kaum Cina dianggotai kira-kira 120 pegawai dan pangkat-pangkat lain.

Timbalan Komandernya, Lt Kol Azman Mohd Yassin hari ini berkata, cadangan itu bersesuaian dengan kedudukan Sibu yang mempunyai ramai penduduk Cina.

NONE "Kami ada tiga batalion di negeri ini dalam rejimen yang terdiri daripada kira-kira 1,600 pegawai dan anggota pangkat-pangkat lain, kebanyakannya bumiputera.

"Ramai orang Cina di Melaka dan Pulau Pinang menyertai Askar Wataniah dan oleh itu, kami ingin melihat keadaan yang sama berlaku di sini,” katanya kepada pemberita di Sibu.

Azman berkata, sekiranya cadangan ini menjadi kenyataan, Sarawak akan mencatat sejarah sebagai negeri pertama yang mempunyai satu kompeni Askar Wataniah yang semua anggotanya terdiri daripada kaum Cina.

"Kami harap dapat mengambil kira-kira 200 sukarelawan kaum Cina menjelang akhir tahun ini.

"Hari ini, kami mengambil tiga orang," katanya.

Azman berkata rejimen itu memerlukan 40 peratus sukarelawan lagi untuk memenuhi kuotanya.

NONE Mereka yang berusia 18 hingga 45 tahun, memiliki kesihatan yang baik dan bersekolah sekurang-kurangnya hingga di peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR), layak dipertimbangkan untuk menganggotai rejimen itu.

"Calon yang terpilih akan diberi latihan asas ketenteraan selama sebulan dan dibayar elaun kira-kira RM800 dalam tempoh itu.

"Peluang untuk naik pangkat juga ada dan mereka yang benar-benar meminati kerjaya dalam bidang ketenteraan boleh diserap ke pasukan tentera biasa selepas lima tahun," katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS