Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hisham: Biometrik bukan cara k'jaan dapatkan wang

Dakwaan bahawa kerajaan membuat wang melalui pendaftaran pendatang asing di bawah sistem biometrik untuk program pengampunan 6P adalah 'tidak masuk akal', kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

NONE Beliau enggan mengulas lanjut dakwaan yang ditimbulkan bulan lalu oleh NGO yang memperjuangkan hak pekerja Tenaganita, bulan lalu.

Sebaliknya, menurut Hishammuddin, ia hanya helah atau muslihat pembangkang untuk menjadikan perkara itu modal politik pada pilihan raya umum akan datang.

"Saya fikir pembangkang berpendapat pilihan raya umum akan diadakan tidak lama lagi," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat pengarah-pengarah Jabatan Imigresen di Putrajaya hari ini.

"Saya beritahu pegawai-pegawai saya di KDN (Kementerian Dalam Negeri) bahawa mulai sekarang segala-galanya yang kita lakukan akan dipolitikkan, jadi kita perlu bersedia untuk menjawab semua isu denggan bersdandarkan fakta dan telus dalam apa yang mereka lakukan, dan bahawa mereka mesti bersedia menghadapi lebih banyak tuduhan.

azlan "Dalam situasi ini, apa sahaja yang anda jawab, walaupun dakwaan yang tidak masuk akal, ia akan diputar dengan secara politik... Saya tidak fikir saya patut menjawab soalan itu," katanya.

Bulan lalu, Pengarah Eksekutif Tenaganita Irene Fernandez mempersoalkan tindakan tergesa-gesa kerajaan untuk memperkenalkan sistem pengimbasan biometrik yang dakwanya  menimbulkan persoalan mengenai identiti 300 ejen-ejen yang dilantik untuk menjalankan pendaftaran itu.

[Baca berita penuh]

ADS