Aduan polis terhadap Siti Zaharah berhubung isu kereta mewah
Satu laporan polis terhadap dibuat terhadap Menteri Pembangunan Sosial dan Perpaduan Negara, Datuk Dr Siti Zaharah Sulaiman semalam berhubung satu kes penyeludupan kereta mewah oleh seorang wanita yang bergelar datuk.
Satu laporan polis terhadap dibuat terhadap Menteri Pembangunan Sosial dan Perpaduan Negara, Datuk Dr Siti Zaharah Sulaiman semalam berhubung satu kes penyeludupan kereta mewah oleh seorang wanita yang bergelar datuk.
Laporan itu dibuat oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Ishak Ismail di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di Kuala Lumpur, berdasarkan laporan akhbar yang disiarkan oleh akhbar
The Malay Mail
pada 30 September lalu.
Ishak yang bekerja sendiri, mendakwa, dalam laporan akhbar tersebut, Dr Siti Zaharah dikatakan cuba mengelak diri apabila ditanya oleh wartawan tentang isu penyeludupan kereta Mercedes-Benz S320 itu.
Bahkan, pengadu mendakwa, menteri berkenaan meminta agar wartawan tersebut beralih kepada isu lain apabila ditanya lebih lanjut tentang keterlibatannya dalam kes tersebut.
"Tindakan Datuk Dr Siti Zaharah yang cuba mengelak diri dengan tergesa-gesa dan tidak mahu melayan pertanyaan wartawan, telah menimbul kecurigaan beliau mungkin terlibat dengan penyeludupan kereta mewah tersebut," kata Ishak dalam laporan polisnya.
Menghalang tugas
Secara psikologi, kata beliau, sekiranya Dr Siti Zaharah tidak terlibat dengan isu tersebut, beliau wajar memberi layanan baik kepada wartawan tersebut termasuk menjawab soalan-soalan yang dibangkitkan.
"Tindakan beliau yang cuba berlepas diri dengan tergesa-gesa, menunjukkan dakwaan Jabatan Kastam tentang pembabitan beliau berkemungkinan besar adalah benar," tambahnya lagi.
Menurut laporan The Malay Mail , kereta itu dikatakan telah disembunyikan selepas beberapa kali pegawai kastam mengunjungi rumah Dr Siti Zaharah untuk melakukan siasatan, sedangkan dalam kunjungan awal mereka, kereta tersebut ada di rumah tersebut..
Laporan akhbar itu juga menyebut, pegawai peribadi Dr Siti Zaharah telah menghalang tugas penjawat awam - pegawai kastam - untuk menyiasat kedudukan kereta mewah tersebut.
Oleh itu, Ishak menggesa pihak polis supaya menyiasat aduannya bagi memastikan sama ada Dr Siti Zaharah terlibat atau tidak dalam kes penyeludupan kereta mewah itu.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.