Nasharuddin: PAS tidak akan tubuh negara Islam teokratik
Setiausaha agung PAS, Nasharuddin Mat Isa menegaskan bahawa parti itu
tidak mungkin
dan tidak sekali-kali akan membentuk sebuah kerajaan negara Islam yang teokratik jika diberi mandat oleh rakyat untuk membentuk kerajaan selepas pilihanraya umum akan datang.
Setiausaha agung PAS, Nasharuddin Mat Isa menegaskan bahawa parti itu
tidak mungkin
dan tidak sekali-kali akan membentuk sebuah kerajaan negara Islam yang teokratik jika diberi mandat oleh rakyat untuk membentuk kerajaan selepas pilihanraya umum akan datang.
Sebaliknya, beliau mengulangi bahawa PAS akan menubuhkan sebuah kerajaan yang demokratik bersama rakan-rakan parti yang bersamanya, sepertimana yang terbukti di Kelantan dan Terengganu.
"Kerajaan demokratik PAS dan rakan-rakan adalah sebuah kerajaan yang lebih adil, telus, menghormati hak-hak asasi manusia, kebebasan bersuara, beragama dan menghormati nilai-nilai murni yang bersifat universal," tegasnya dalam satu kenyataan semalam.
Sambil merujuk kepada laporan akhbar New Straits Times (NST) Isnin lalu di bawah tajuk 'PAS akan melancarkan memorandum negara Islam teokratik pada 27 Oktober, Nasharuddin berkata, media-media harian telah memutarbelitkan kenyataan beliau dalam sidang media selepas mesyuarat penuh jawatankuasa kerja PAS pusat Ahad lalu, beliau berkata:
"Dalam sidang media itu, saya tidak langsung menyebut perkataan teokratik yang sengaja dipetik dengan mengaitkan sidang media saya bersama ketua penerangan PAS, Datuk Dr Harun Din," tambahnya.
Katanya, akhbar-akhbar cetak dan media elektronik sering mengaitkan perintahan PAS sebagai kerajaan 'teokratik'.
Ambil tindakan
"Saya mencabar penguasa-penguasa akhbar dan media ini untuk membuktikan dakwaan dan label yang mereka cuba kaitkan dengan PAS.
"Sebenarnya apa yang mereka lakukan adalah untuk menakut-nakutkan rakyat dan para pengundi yang mula sedar dan makin ramai menyokong prejuangan PAS," tambahnya.
Sehubungan itu, beliau berkata, apa yang disiarkan oleh NST dalam berita terbarunya itu membuktikan betapa akhbar berkenaan tidak langsung profesional dan berertika.
"Bolehkah perkataan yang langsung tidak disebut dalam sidang media itu dikaitkan sebagai disebut oleh saya sebagai setiausaha agung? Saya mendesak
NST
menyiarkan penjelasan saya ini supaya ia dapat difahami rakyat.
"Jika NST gagal berbuat demikian, saya akan mengambil tindakan lain yang sewajarnya yang difikirkan sesuai," tambahnya.
Sambil mengingatkan penguasa-penguasa media supaya berhenti mengabui mata rakyat, Nasharuddin berkata; "Mana mungkin PAS, sebuah organisasi politik Islam yang menyertai pilihanraya kesekian kalinya akan menubuhkan kerajaan teokratik".
Menurutnya, rekod perjuangan PAS adalah bukti yang parti itu telah menyertai pilihanraya pertama sejak 1955 lagi sehinggalah pilihanraya umum 1999 apabila parti itu berjaya merampas Terengganu di samping mengekalkan Kelantan serta menambah kerusi neger di beberapa buah negeri lain.
Negeri model
Awal bulan ini, ahli Jawatankuasa PAS pusat, Dr Hatta Ramli menegaskan bahawa walaupun tanpa menyebut terminologi "Negara Islam" yang amat ditakuti oleh sesetengah pihak, ianya tidak sedikitpun mengurangkan komitmen PAS kepada Islam.
"Lebih meyakinkan ialah langkah melaksanakan hukum-hukum Islam di negeri yang ditadbir oleh PAS/Barisan Alternatif (BA). Ini lebih penting dari retorik sesetengah pengkritik," tegas beliau dalam tulisannya dalam
Harakah
online.
Menurutnya lagi, perjuangan PAS untuk menegakan Islam di negara ini tidak akan sampai ke tahap Afghanistan dan Iraq yang memerlukan penggubalan perlembagaan baru.
Katanya, PAS tidak akan dikelirukan oleh mana-mana pihak dan ia akan meneruskan hasrat untuk membina negeri Islam model di negeri-negeri yang diperintahnya.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.