Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Trafik perlahan di Lebuhraya Utara-Selatan
Diterbitkan:  Aug 31, 2011 5:33 PM
Dikemaskini: 9:35 AM

Trafik bergerak perlahan di beberapa kawasan di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) dalam kesibukan orang ramai mula berkunjung ke rumah sanak saudara pada sambutan hari kedua Aidilfitri.

Jurucakap Plus, berkata, jalan dari arah selatan, iaitu Nilai menghala ke Seremban bergerak perlahan di antara 20 kilometer (km) hingga 30km sejam.

"Begitu juga dengan laluan masuk ke tol Simpang Ampat, Melaka dan tol Pagoh di Johor kenderaan turut bergerak perlahan," katanya.

Jurucakap itu berkata, jalan dari arah Utara iaitu Slim River menghala ke Sungkai dan dari tol Juru ke Jambatan Pulau Pinang turut bergerak perlahan iaitu di antara 20km hingga 30km sejam.

Sementara itu, Pegawai Turus Kuatkuasa dan Operasi Cawangan Trafik Kuala Lumpur, DSP Ng Sook Long, berkata trafik di semua jalan di ibu kota bergerak lancar hari ini.

- Bernama

ADS