Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
RCI siasat PATI di Sabah tak mungkin, kata Wikileaks

Menurut kabel sulit Amerika Syarikat, harapan adalah tipis bagi menyaksikan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung masalah pendatang haram di Sabah dan meletakkan tanggungjawab itu di bahu "ahli-ahli politik era Mahathir" di negeri itu.

mahathir at global leadership forum 070905 talking Kabel, yang dimuat-naikan dalam portal pembocor maklumat Wikileaks mendakwa kerajaan persekutuan dan Umno secara aktif telah memberi kerakyatan negara ini  kepada pendatang asing tanpa izin sebagai pertukaran untuk sokongan politik.

Menurut kabel itu, seorang pegawai kanan perisikan yang telah bersara "terus-terang mengakui” bahawa pentadbiran bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed ( kiri ) telah "menerima pendatang tanpa izin "dari negara jiran, Indonesia dan Filipina untuk "mengimbangi penduduk perbezaan bangsa dan agama di negeri ini."

Menurut pegawai berkenaan tindakan tersebut sebagai langkah pencegahan untuk "menghindari apa-apa sentimen pemisah di Sabah pada masa depan, dan di samping memperkukuhkan undi Umno yang diperlukan bagi menguasai negeri itu.”

sabah illegal immigrant "Suruhanjaya Siasatan Diraja yang dikendalikan dengan betul, mungkin akan mendedahkan tembelang dan rasuah politik Umno serta cara mereka memanipulasi undi dan akan mengapi-apikan rakyat Sabah," kata kabel, bertarikh 5 September, 2008 itu.

Ahli-ahli politik dan aktivis Sabah telah lama menuntut agar kerajaan persekutuan memenuhi tanggungjawabnya membantu menyelesaikan isu kerakyatan pendatang asing itu. Ramai yang mengakui perkara itu cukup berleluasa semasa pilihan raya negeri 1994 apabila PBS yang menjadi pembangkang ketika itu ditumbangkan oleh BN selepas memerintah selama  sembilan tahun.

sabah sulu sultan claims Antara tuntutan yang dikemukakan bagi penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja itu adalah untuk mengenalpasti pada peringkat akar umbi masalah pendatang haram yang terus meningkat setiap hari.

Desakan terbaru dibuat oleh Presiden Upko yang juga adalah Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok, berikutan dakwaan pertabalan seorang ahli perniagaan Sabah sebagai Sultan Sulu.

[Baca berita penuh]

ADS