Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pembangkang Australia tolak pertukaran pemohon suaka
Diterbitkan:  Sep 6, 2011 6:32 PM
Dikemaskini: 10:36 AM

Ketua Pembangkang Australia Toby Abbott berkata, pihaknya tidak akan menyokong usaha meminda undang-undang bagi membenarkan pendatang dihantar ke Malaysia.

Beliau sebaliknya menggesa kerajaan membuka semula kemudahan lama menguruskan pelarian di pesisir pantai di kepulauan Pasifik, Nauru, lapor dpa .

Langkah itu dilihat tamparan baru terhadap rancangan pertukaran pemohon suaka kedua-dua negara.

Mahkamah Tinggi Australia minggu lalu memutuskan perjanjian pertukaran melibatkan 800 pemohon suaka Australia-Malaysia menyalahi undang-undang kerana Kuala Lumpur tidak mempunyai cukup peraturan melindunginya.

NONE Justeru, Perdana Menteri Julia Gillard ( kanan ) memerlukan sokongan Parti Liberal pimpinan Abbott bagi meminda undang-undang untuk membenarkan penghantaran itu.

Kerajaan minoriti itu pada kebiasaannya bergantung kepada sokongan Green Party yang kali ini enggan menyokong langkah itu. Abbott mendesak Gillard menggugurkan dasar itu.

"Dengan hormat saya beritahu perdana menteri: Usah teruskan dengan Malaysia," kata Abbott kepada pemberita.

"Malaysia sudah tentu tidak tertakluk kepada keputusan Mahkamah Tinggi (Australia)"

[Baca berita penuh]

ADS