'Jangan bangkitkan isu calon Melayu DAP'
Di sebalik saranan berdiam diri berhubung pembahagian kerusi dalam pilihan raya umum depan, isu pemberian kerusi PKR kepada calon Melayu terus diperkatakan.
Ketua Penerangan PKR negeri Johari Kassim (
kanan
) menyatakan perasaan tidak selesa terhadap rakannya PAS kerana membangkitkan isu itu secara terbuka kerana perbincangan masih berlangsung.
J ohari berkata, tiga parti dalam Pakatan Rakyat patut menumpukan usaha menambah kerusi dan bukan menuntut lebih kerusi dalam pilihan raya ke-13 yang dijangka tidak lama lagi.
Perbincangan masih berjalan dan tidak harus sebarang kenyataan dibuat dalam mesyuarat tertutup dan bukan kepada media, katanya kepada Malaysiakini .
Beliau merujuk kepada kenyataan Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri Mujahid Yusof Rawa yang berkatata PAS sedia berunding sekiranya status quo (pembahagian kerusi) berubah kerana ia melibatkan kewibawaan parti.
[Baca berita penuh]

