Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mempertahankan keputusannya mengadakan pertemuan dengan hakim-hakim, dengan menegaskan bahawa beliau berbuat demikian atas jemputan Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi.

NONE Najib berkata beliau mengambil sikap berhati-hati supaya pertemuannya dengan anggota badan kehakiman hari ini tidak menimbulkan sebarang pandangan atau persepsi negatif mengenai hubungan antara badan kehakiman dan badan eksekutif.

Dalam ucapannya sempena lawatan kerja pertamanya ke Istana Kehakiman di Putrajaya, perdana menteri berkata, beliau hanya bersedia untuk bertemu dengan para hakim selepas dijemput oleh ketua hakim negara.

Turut hadir ialah Zaki dan Menteri di Jabatan Perdana

Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

Najib berkata ini bukanlah kali pertama pertemuan seumpama itu diadakan antara perdana menteri dan para hakim, sambil menambah bahawa ia pernah diadakan pada masa lalu.

Walaupun tidak menyebutnya, tetapi Najib dilihat merujuk kepada laporan awal hari ini bahawa pertemuan tersebut adalah yang pertama antara seorang perdana menteri dengan anggota badan kehakiman.

Berita tersebut menimbulkan persoalan tentang tujuan pertemuan itu diadakan.

Najib berkata, beliau memahami cabaran yang dihadapi para hakim, dengan memetik kata-kata mantan Hakim Mahkamah Agung Amerika Syarikat, mendiang Thurgood Marshall bahawa satu-satu sumber kuasa sebenar seorang hakim adalah rasa hormat rakyat.

"Pentadbiran saya komited dalam memastikan badan kehakiman yang bebas yang merupakan ramuan paling penting dalam mana-mana usaha pembangunan negara yang

berjaya," katanya.

[Baca berita penuh]

ADS