Kerajaan Kelantan menafikan pernah merancang mengadakan debat antara Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu bersama Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berhubung isu Mat Indera dan perjuangan kemerdekaan.

"Kita (kerajaan negeri) tidak pernah mengeluarkan sebarang surat rasmi jemputan kepada mana-mana pihak untuk menganjurkan debat," kata exco kerajaan negeri Dr Mohmed Fadli Hassan kepada Harakahdaily .

NONE Sebaliknya, apa yang berlaku, satu e-mail dihantar timbalannnya Baihaqi Atiqullah bagi menanyakan pendapat Khairy ( kanan ) sekiranya diadakan perdebatan antaranya dengan Mohamad.

"Ustaz Baihaqi dan Khairy telah pun mempunyai hubungan pribadi sebelum dari ini dan pertanyaan itu adalah bersifat peribadi," katanya seperti dilaporkan akhbar web PAS semalam.

Dr Mohmed Fadli yang juga ketua Penerangan PAS Kelantan berkata, PAS negeri sanggup mengajurkan debat tetapi bukan antara Mohamad dan Khairy, sebaliknya Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Kita tidak mahu Khairy mengunakan timbalan Presiden PAS sebagai batu loncatan untuk meraih populariti dalam Umno.

Katanya, salah faham itu timbul kerana Khairy menjawab e-mail pertanyaan dari Baihaqi melalui Twitter dengan mengatakan Kelantan menjemput beliau untuk berdebat.