Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Royalti tak dibayar: Penulis buat laporan polis
Diterbitkan:  Sep 11, 2011 12:15 PM
Dikemaskini: Sep 12, 2011 2:33 AM

Kecewa dengan reaksi kerajaan yang gagal menyelesaikan masalah tuntutan royalti sekumpulan penulis yang karya mereka terpilih sebagai teks Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia (Komsas), seorang daripada mereka membuat laporan polis.

Rohani Deraman Rohani Deraman ( kiri ), penulis cerpen berjudul ‘Warkah dari Ibu’ (2001) dan novel ‘Cempaka Putih Untukmu’ (2001) membuat laporan itu di ibu pejabat polis daerah Johor Bahru Selatan, semalam.

Dalam laporannya, Rohani mendakwa kedua-dua hasil karyanya itu yang dicetak dan digunakan sebagai teks Komsas tetapi tidak dibayar sebarang royalti.

“Tindakan ini saya anggap sebagai penganiyaan dan penipuan terhadap penulis sebagai individu yang menghasilkan karya berkenaan dan berhak mendapat royalti/honorium,” petik laporan itu.

“Kementerian Pelajaran sudah meletakkan syarat bahawa penerbit wajib mendapatkan surat izin daripada penulis asal sebelum menerbitkan cerpen/novel Komsas.

“Maka saya mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa penerbit mungkin mengemukakan dokumen palsu kepada kementerian pelajaran dan kerajaan, iaitu surat izin yang kononnya ditulis dan ditandatangani saya selaku penulis asal karya berkenaan,” petik laporan itu lagi.

muhyiddin yasin muhyiddin yassin Rohani berkata beliau juga tidak menolak kemungkinakan mengemukakan laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika perlu.

Pada September lalu, Rohani, antara lima penulis yang meluahkan rintihan mereka melalui sepucuk surat terbuka kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ( kanan ) selaku menteri pelajaran.

Namun masalah dan rintihan yang dikemukakan sejak 15 Ogos lalu terus tidak dilayan.

Selain Rohani, penulis lain adalah Amy Suzani Mohd Ainuddin atau nama penanya Natasya Puteri, Hazama Harun (Aida Shahira), Mohd Izan Abd Hazes (Mohd Faris Ikmal) dan Erda Roslan Khairi.

ADS