Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Kerajaan masih meneliti pelbagai aspek kemungkinan meminda undang-undang kuku besi Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan beberapa undang-undang pencegahan yang lain, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

NONE Beliau menafikan laporan baru-baru ini yang mendakwa kerajaan sedang menimbang untuk memansuhkan akta kontroversi itu tetapi enggan menghurai lanjut.

"Kami sedang melihat apa yang diperkatakan sebelum ini dan sedang mengusahakan pihak-pihak  yang berkepentingan untuk berbincang. Persetujuan hampir tercapai dan ia (cadangan pindaan itu) bukan sesuatu yang baru," katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan mesyuarat bersama bekas Ketua Polis Negara di kementeriannya, di Putrajaya.

Cadangan pindaan ISA, Akta Dadah Berbahaya 1985 dan Ordinan Darurat 1969 dijadual dibentangkan di Parlimen pada Julai tahun lalu tetapi terbengkalai tanpa sebarang perkembangan.

[Baca berita penuh]

ADS