Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ketika ditanya  tentang ciri-ciri tubuh yang ingin diubah semasa sesi wawancara Ratu Cantik Dunia 2011, Leila Lopes daripada Angola menegaskan kecantikan dalaman paling perlu diberi perhatian.

Miss Universe 2011 - Miss Angola Leila Lopes Perkara itu, barangkali, meyakinkan juri pagi ini untuk memahkotakan gadis 25 tahun itu sebagai Ratu Cantik Dunia, mengalahkan 88 lagi peserta daripada seluruh dunia.

Acara itu, yang berlangsung di Sao Paolo, Brazil, menyaksikan Lopes memasuki carta lima teratas bersama Ratu Filipina, Ratu China, Ratu Ukraine dan Ratu Brazil.

Menjawab soalan yang sama diajukan kepada semua mereka, Lopes menjawab: Syukur pada Tuhan, saya puas hati bagaimana Tuhan mencipta saya dan tidak tidak akan menukar apa pun."

"Saya anggap diri sendiri dikurniakan dengan kecantikan dalaman. Saya dibesarkan dengan beberapa prinsip dan saya akan menurutinya untuk seluruh hidup," tambahnya.

Pesaing dari Malaysia Deborah Henry gagal memasuki tangga 16 teratas walaupun mendapat latihan intensif selama sembilan bulan.

[Berita penuh dan gambar di Komunitikini ]

ADS