Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau amat jelas dengan rancangan-rancangan pembaharuan yang hendak dibawanya semasa memegang jawatan Perdana Menteri.

macc official launch 240209 abdullah badawi "Mungkin semasa saya memegang jawatan itu saya sepatutnya lebih bertegas mengenai pembaharuan itu, berdasarkan kepada tentangan yang saya hadapi," katanya dalam satu kenyataan malam semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang dilaporkan Malaysiakini , semalam, bahawa beberapa tentangan terhadap rancangan-rancangan pembaharuan yang dibawa Abdullah muncul kerana Abdullah tidak menyatakan dengan jelas mengenai apa yang hendak dilakukannya.

Nazri berkata demikian kepada Malaysiakini semasa diminta mengulas komen Abdullah bahawa rancangan-rancangan pembaharuannya ditentang kumpulan yang tidak mahu bertolak ansur.

“Adalah penting niat jelas seseorang perdana menteri mesti diketahui. Jika tidak, mereka dalam parti komponen (BN) tidak akan boleh membinacngkannya,” kata Nazri ( bawah, kanan ) yang juga berkhidmat di portfolio yang sama semasa pentadbiran Abdullah.

NONE Abdullah berharap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan lebih bertegas dengan rancangan-rancangan pembaharuannya sekiranya beliau jelas dengan apa yang dimahukannya.

"Sudah tentu apabila seseorang pemimpin berhasrat membawa pembaharuan, pasti ada kumpulan yang menyokong dan ada juga kumpulan yang menentang. Bagaimanapun sekiranya pemimpin itu jelas, bahawa apa yang hendak dilakukannya adalah sesuatu yang betul, beliau perlu berusaha melaksanakannya," katanya.