Pemuda PAS: Tahniah, Zizan
Pemuda PAS mengucapkan tahniah kepada pelakon komedi terkenal Zizan - atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abd Razak - kerana memohon maaf atas ucapan dialognya dalam filem Hantu Bonceng yang didakwa menghina Islam.
Ketuanya Nasrudin Hassan (
kiri
) berkata, langkah itu diharap menjadi pengajaran kepadanya dan artis lain agar lebih berhati-hati di layar perak dan tidak mencetus kekeliruan yang membuka pintu fitnah dan dilihat mempersendakan agama.
"Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia sekali lagi mengucapkan tahniah atas keberanian saudara Zizan memohon maaf, semoga ia benar, ikhlas dan tidak mengulanginya di masa hadapan," katanya.
Selepas kontroversi itu, Zizan dilaporkan memohon memohon maaf di laman Twitter dan menjelaskan tidak mungkin dia sengaja atau tergamak menghina agama dan rasulnya sendiri.
“Takkanlah saya hendak hina rasul saya sendiri. Kan dalam babak perkataan setan itu diajukan kepada Kunyit (watak pembantu). Dalam penapisan filem ada empat ulama dan telah diluluskan filem ini.
“Saya faham, apa yang salah. Tetapi fasal hina Islam memang jauh dari otak fikiran saya. Tak ada langsung terniat. Ini adalah agama dan Rasul saya. Maaf sekiranya saya silap,” beliau dipetik sebagai berkata di laman blog mikro itu.
'Serkap' filem rendah mutu
Dalam kenyataannya hari ini ini, Nasrudin berkata, bukan sahaja kalimah syahadah tetapi aksi lain seperti mendedahkan aurat, pergaulan bebas dan adegan tahyul juga perlu dielakkan kerana bertentangan dengan hukum Islam.
Katanya, masih terdapat ruang yang luas untuk seniman berkarya tanpa melanggar syariat dan mencacatkan keindahan Islam, seperti filem-filem Iran terkenal, seperti
Children of Heaven
dan
The Moonlights
yang mendapat pengiktirafan antarabangsa.
"Malah filem tanpa adegan wanita seksi yang menampakkan aurat sehingga ke paras paha serta mendedahkan sebahagian besar di bahagian dadanya, masih mampu mencapai box office dan menerima award (anugerah) di peringkat antarabangsa...," katanya.
Katanya, sudah sampai masanya industri filem negara dibebaskan dari "serkap filem" yang rendah mutu, terkepong dalam realiti yang tidak patut dibanggakan dan mengeksploitasi tubuh wanita dan tahyul sebagai "azimat pelaris".
Pemuda PAS kelmarin mendakwa filem Hantu Bonceng arahan sutradara terkenal Ahmad Idham dan dibintangi Zizan ( atas ) mengandungi babak yang jelas menghina Rasulullah.
Nasrudin berkata, terdapat dialog dalam satu babak yang berbunyi " asyhadu anna Muhammadar syaitan " (aku naik saksi bahawa Muhammad itu syaitan).

