Seorang ahli parlimen Australia mungkin mendesak diadakan siasatan berhubung risiko dan bahaya mengangkut bahan mentah yang akan dieksport ke kilang nadir bumi Lynas di Gebeng, melalui bandaraya dan pinggir bandar, kata sebuah NGO anti-Lynas.

"Ahli parlimen bagi Fremantle Adele Carles membangkitkan soal risiko pengangkutan nadir bumi pekat sebagai bahan tidak merbahaya menggunakan lebuh raya di negeri ini melalui pinggir bandar Perth dan bandaraya Fremantle yang berpenghuni.

"Sebelum ini, kaedah pengangkutan yang sama membawa plumbum oleh sebuah syarikat bernama Magellan, telah mengakibatkan bahaya serius terhadap kehidupan penduduk berhampiran Pelabuhan Esperance," kata jawatankuasa 'Save Malaysia, Stop Lynas (SMSL)' dalam satu kenyataan hari ini.

Sekumpulan 11 anggota SMSL baru selesai mengadakan lawatan seminggu ke Perth dan Fremantle untuk kempen menentang loji nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan.

Dalam kempennya, selain memaklumkan kepada rakyat Australia tentang bahaya loji Lynas kepada penduduk di Gebeng itu, NGO juga menekan tentang aktiviti loji itu di Australia Barat.

[Baca berita penuh]