Dalam reaksinya terhadap "Jawatankuasa Penasihat Kebangsaan mengenai isu Nadir Bumi" yang diasaskan oleh MCA, ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh menggesa parti itu menghentikan apa yang didakwanya sebagai perbuatan untuk memperbodohkan rakyat.

Katanya, pengumuman penubuhan jawatankuasa untuk menangani isu loji Lynas, oleh timbalan presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai itu, tersasar sama sekali daripada isu-isu sebenar yang menjadi asas bantahan awam terhadap loji nadir bumi itu.'

Dengan penubuhan ini jawatankuasa tersebut, katanya dalam satu kenyataan, MCA cuba untuk menunjukkan bahawa mereka adalah juara rakyat.

Bagaimanapun, kata Fuziah, dalam berbuat demikian, mereka telah memperbodohkan kebijaksanaan dan kebimbangan rakyat mengenai loji tersebut.

Jawatankuasa tersebut merupakan usaha bersama oleh MCA, Persekutuan Persatuan Cina Malaysia (Hua Zong) dan persatuan Cina lain di Pahang selepas mengadakan pertemuan pada hari Isnin.

Menurut Liow, yang menjadi pengerusi bersama jawatankuasa tersebut dengan pemimpin persatuan Cina yang lain, ia akan mengumpul maklum dari semua pihak berhubung kontroversi loji tersebut dan menyalurkannya kepada pihak berkuasa berkaitan.

Ini termasuk kementerian sains, teknologi dan inovasi; kementerian perdagangan antarabangsa dan industri dan majlis tindakan ekonomi negara.

Bagaimanapun, Fuziah mengingatkan Liow bahawa bantahan terhadap loji tersebut, bukan sahaja isu yang dihadapi masyarakat Cina.

[Baca berita penuh]