Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Jawatankuasa khas parlimen (PSC) yang dipertanggungjawapkan membuat perubahaan sistem pilihan raya di negara ini akan diberikan tempoh enam bulan bagi menyiapkan cadangan mereka, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

azlan Katanya, rang undang-undang bagi membentuk jawatankuasa itu akan dibentangkan pada sidang  Parlimen pada 3 Oktober ini.

Beliau juga mengumumkan  senarai nama lima ahli parlimen BN yang akan menganggotai jawatankuasa tersebut yang akan dipengerusikan oleh ahli parlimen Marudu, Datuk Maximus Johnity Ongkili (PBS).

Empat wakil BN yang lain adalah seperti berikut:

- Ahli parlimen Kapit, Datuk Alexander Nanta Linggi (PBB)

- Ahli parlimen Kangar, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad (Umno)

- Ahli parlimen Alor Gajah, Datuk Fong Chan Onn (MCA)

- Ahli parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan (MIC)

Lima nama itu, katanya, telah diserahkan kepada Speaker Dewan Rakyat baru-baru ini.

Muhyiddin juga mengalu-alukan pengumuman baru-baru ini pembangkang untuk turut menganggotai jawatankuasa reformasi pilihan raya itu, walaupun pada awalnya, ada ancaman untuk memulaukannya.  [Baca berita penuh]

muhyiddin yasin muhyiddin yassin Sementara itu, Bernama Dr Maximus dilantik sebagai wakil Sabah dan Kadazan), Alexander Nanta (wakil bagi  Sarawak dan Iban), Radzi (wakil Umno dan Melayu), Dr Fong (wakil MCA dan Cina) serta Kamalanathan (wakil MIC dan India).

   

Bercakap dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet mengenai Bekalan dan Harga di sini, Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata senarai nama itu dipersetujui oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan telah dimaklumkan kepada Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

   

"Kita mahu semua pihak terlibat, bukan hanya komponen Barisan  Nasional. Bila saya membaca pengumuman pihak sana pun (pembangkang) bersetuju, saya fikir itu bagus sebab proses jawatankuasa itu boleh berjalan dengan mengambil kira pandangan pelbagai pihak, bukan satu pihak sahaja," katanya.

Muhyiddin berkata usul mengenai pembetukan jawatankuasa itu akan dibentangkan di Parlimen pada 3 Oktober ini.

   

Jawatankuasa itu dianggotai sembilan wakil rakyat iaitu lima daripada Barisan Nasional, tiga daripada pembangkang dan seorang wakil rakyat Bebas.   

   

Ketika mengumumkan pembetukan jawatankuasa itu pada 15 Ogos  lepas, Najib berkata ia akan berbincang serta mencari kata sepakat mengenai bentuk penambahbaikan yang perlu dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum dilaksanakan pada pilihan raya umum akan datang.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS