Guan Eng nafi burukkan Johor di luar negara
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini menafikan laporan yang dikeluarkan Bernama berhubung kenyataannya memburuk-burukkan Johor ketika ditemuramah oleh sebuah stesen radio di luar negara baru-baru ini.
"Ini kerana, saya ada saksi iaitu dua pegawai yang turut bersama saya ketika ditemu ramah tempoh hari," katanya di George Town hari ini.
Malam tadi, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin diminta oleh media untuk mengulas kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed mengenai Lim telah memburukkan Johor di luar negara.
Mustapa dilapor berkata beliau dimaklumkan bahawa Lim ketika dalam satu majlis telah mempertikaikan keadaan keselamatan di Johor jika dibandingkan dengan Pulau Pinang dan kenyataan itu tidak mencerminkan perkara yang sebenar.
- Bernama

