Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MCA dakwa Mat Sabu beri k'jaan tanggapan buruk
Diterbitkan:  Sep 24, 2011 7:32 PM
Dikemaskini: Sep 25, 2011 1:28 AM

Naib Presiden MCA Gan Ping Sieu mengingatkan bahawa tindakan mendakwa timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu

mungkin memberi tanggapan buruk terhadap kerajaan dan pembaharuannya yang dicadangkannya.

NONE "Mengheretnya ke mahkamah boleh memberi tanggapan negatif terhadap kerajaan," katanya.

Dalam satu kenyataan hari ini, Gan juga berkata, langkah itu juga membolehkan pembangkang mempersendakan ikrar pembaharuan Hari Malaysia oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada malam sebelumnya, terutamanya pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Mohamad Sabu, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, didakwa pada hari Rabu dengan fitnah jenayah selepas mencabar catatan rasmi insiden Bukit Kepong pada 1950 dalam ucapannya pada 21 Ogos.

Gan, yang juga timbalan menteri belia dan sukan berkata beliau hairan bahawa keputusan dibuat untuk mendakwa Sabu Mat dan bukannya berdialog dengan beliau.

"Walaupun saya tidak bersetuju dengan perspektif sejarah Mohamad Sabu, tetapi saya turut hairan dengan keputusan untuk mendakwa timbalan presiden PAS itu atas fitnah jenayah di bawah Kanun Keseksaan.

"Dengan berbuat demikian ia hanya menarik simpati terhadap beliau dan Pakatan Rakyat," kata Gan.

Menurutnya, kontroversi mengenai sejarah sepatutnya diselesaikan melalui perbahasan dan penyelidikan akademik.

[Baca berita penuh]

ADS