Ambiga terima anugerah tertinggi Perancis
Bekas presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan telah dikurniakan anugerah tertinggi Perancis, Chevalier de Legion d'Honneur untuk kerja-kerja memperjuangkan hak asasi manusia.
Dalam ucapan penerimaan di kedutaan Perancis di Kuala Lumpur hari ini, Ambiga (kanan dalam gambar) berkata anugerah itu bukan untuknya tetapi semua masyarakat sivil.
"Penghormatan ini milik masyarakat sivil di Malaysia. Saya fikir adalah penting untuk menghargai semua kerja-kerja yang telah dilakukan oleh masyarakat sivil."
Ambiga juga memberi penghargaan istimewa kepada Majlis Peguam yang menurutnya telah lama menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Duta Perancis ke Malaysia, Marc Barety yang menyampaikan anugerah tersebut berkata Ambiga "amat berhak untuk menerima anugerah itu kerana beliau adalah penyokong kuat dan pembela hak asasi manusia."
Penerima sebelumn ini termasuk Datuk Michelle Yeoh
[Baca berita penuh]

