Kementerian Luar menasihatkan rakyat Malaysia yang bercadang melawat Yaman supaya menangguhkan perjalanan mereka sehingga keadaan keselamatan di negara itu pulih seperti biasa.

Semua rakyat Malaysia yang berada di negara itu juga dinasihatkan supaya segera mendaftarkan diri di Kedutaan Besar Malaysia di Sana'a, ibu negara Yaman, sekiranya mereka belum berbuat demikian.

hostage bodies found in yemen 160609 01 Dalam kenyataan di Kuala Lumpur, kementerian itu menyatakan bahawa pihaknya menghubungi semua rakyat Malaysia yang berada di Yaman dan menasihatkan mereka supaya sentiasa mengambil langkah-langkah keselamatan dan mengikuti perkembangan keselamatan semasa berada di negara itu.

Kementerian sentiasa memantau perkembangan situasi semasa di Yaman dan meminta penuntut dan rakyat Malaysia yang bekerja atau melawat negara itu supaya kembali secara sukarela ke Malaysia selepas urusan mereka selesai.

Langkah itu dibuat berikutan situasi di Yaman pada masa ini khususnya di Sana'a dan Aden bertambah kritikal selepas pihak prodemokrasi bertempur dengan pihak keselamatan kerajaan, menurut kementerian itu.