Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Laluan kontra Alor Setar Selatan dan Pendang 3 Okt-3 Nov
Diterbitkan:  Oct 1, 2011 12:59 PM
Dikemaskini: 5:04 AM

Projek Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) akan membuka laluan kontra antara Alor Setar Selatan dan Pendang di KM50.83 hingga KM51.13 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) bagi kerja-kerja pembaikan jalan.

PLUS Expressways Berhad dalam kenyataan berkata laluan kontra itu selama 24 jam bermula Isnin ini hingga 3 November serta sehingga kerja-kerja baik pulih jalan selesai.

    

Sehubungan itu Plus menasihatkan semua pemandu yang menggunakan laluan tersebut supaya mematuhi semua papan tanda serta arahan yang diberikan oleh Plus ketika melalui laluan tersebut.

    

Untuk keterangan lanjut pengguna jalan raya boleh menghubungi PLUSLine      di 1-800-88-0000.                                                               

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS