Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kolej Tunku Abd Rahman bakal dinaik taraf
Diterbitkan:  Oct 2, 2011 4:51 PM
Dikemaskini: 9:39 AM

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata beliau tidak mempunyai halangan untuk menaik taraf Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR) kepada status kolej universiti sekiranya memenuhi syarat yang ditetapkan.

tar college tunku abdul rahman college "Atas hasrat MCA, KTAR kalau cukup syarat, tak ada halangan untuk dinaik taraf ke status kolej universiti," katanya ketika merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke-58 di Wisma MCA di Kuala Lumpur, hari ini.

Sebelum itu, presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dalam ucapan dasarnya berkata, parti itu sedang berurusan dengan Kementerian Pengajian Tinggi untuk menaik taraf KTAR kepada status kolej universiti.

Beliau berkata, KTAR akan terus menyumbang melahirkan tenaga terlatih dan profesional untuk negara.

tunku abdul rahman tar college 290307 students KTAR adalah institusi milik MCA yang ditubuhkan pada 24 Februari 1969.

Kini, ia mempunyai enam cawangan di seluruh negara dengan 30,000 pelajar yang kebanyakan mengikuti pelbagai kursus dalam peringkat sijil dan diploma.

- Bernama

ADS