AirAsia dan Malaysia Airlines (MAS) akan mengumumkan lebih banyak butiran mengenai kerjasama strategik mereka bulan ini, demikian menurut OSK Research Sdn Bhd.

"Kami melihat kedua-dua syarikat penerbangan mendapat faedah dalam penyenggaraan, selepas kami dapati sekurang-kurangnya 55 pesawat AirAsia akan perlu melalui pemeriksaan.

NONE "Kami melihat MAS membuat banyak pengurangan kapasiti, yang ketara pada laluan domestik dan Asean, memandangkan terdapat potensi permintaan lebih rendah bagi perjalanan perkhidmatan penuhnya," demikian menurut OSK dalam satu kenyataan hari ini.

Dengan pengurangan permintaan bagi perjalanan perkhidmatan penuh, OSK berkata MAS boleh menempatkan pesawat berbadan kecil ke laluan antarabangsa, dengan kemungkinan perkongsian dengan OneAsia Qantas, yang menunggu penyerahan pesawat baru.

"Sekiranya ini direalisasikan, MAS akan dapat meneruskan kos rendahnya manakala Malaysia Airports Holdings Bhd akan dapat meraih lebih banyak perolehan," kata OSK dan menambah yang ia mengekalkan saranan beli berlebihan bagi sektor penerbangan.

- Bernama