DAP mohon bahas siasatan terhadap KM S'wak
DAP memohon penggantungan urusan parlimen untuk perbahasan segera siasatan yang dijalankan oleh tiga kerajaan asing terhadap Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
"Kami menghantar notis kepada speaker (pagi ini). Beliau akan memutuskan sama ada untuk membenarkan kami membahaskannya selepas sesi soal-jawab esok," kata ahli parlimen Bandar Kuching, Chong Chien Jen (kanan).
Ia berikutan laporan media bahawa pihak berkuasa di Switzerland , Australia dan Jerman telah melancarkan siasatan berhubung dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram terhadap Taib dan keluarganya.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga telah membuka fail terhadap Taib selepas laporan-laporan dibuat mengenainya.
"Sehingga kini, kita masih belum mendengar apa-apa hasil (siasatan dari SPRM)," kata Chong.
[Baca berita penuh]

