Wakil rakyat PAS meninggal dunia
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS kawasan Langkap, Mohamad Hitam meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan, malam tadi.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS kawasan Langkap, Mohamad Hitam meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan, malam tadi.
Bernama
melaporkan, Mohamad, 60 tahun, meninggal dunia pada kira-kira jam 10.15 malam tadi kerana penyakit leukemia.
Allahyarham yang menjadi Pengerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap dan anggota jawatankuasa Pas Setiu, meninggalkan seorang isteri, Fatimah Said, 50, tujuh anak serta dua cucu.
Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Langkap, Setiu pada kira-kira pukul 11 pagi ini.
Antara yang hadir ialah Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Husain Awang.
Menurut Ahli Parlimen Setiu, Che Ghani Che Ambak, Allahyarham dimasukkan ke Hospital Kuala Terengganu (HKT) 8 Nov lalu setelah mengadu sakit.
Umrah
Selepas menjalani pemeriksaan, doktor mengesahkan beliau menghidap penyakit leukemia.
Menurut Ghani, doktor kemudiannya menasihatkan Allahyarham supaya mendapatkan rawatan di HUSM dan beliau berada di hospital berkenaan sejak 17 Nov lalu sehingga menghembuskan nafas terakhir.
"Sebelum ini beliau kelihatan sihat dan tiada tanda-tanda yang beliau menghidap penyakit itu (leukemia)," katanya.
Sebelum ini, kata Che Ghani, Allahyarham turut serta dalam rombongan menteri besar yang pergi menunaikan umrah awal bulan ini.
Beliau berkata Allahyarham merupakan seorang wakil rakyat yang rajin berkhidmat kepada rakyat.
Mohamad memenangi pilihanraya DUN Langkap dalam pilihanraya umum lalu, selepas menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Ashaari Idris dengan majoriti 157 undi.
Bagaimanapun, pilihanraya kecil tidak perlu diadakan sekiranya tempohnya kurang dari tempoh dua tahun dari tarikh pilihanraya umum akan datang.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.