BERITA

Makanan untuk tadika Kemas 'disimpan di bilik air'

Nigel Aw

Diterbitkan
Dikemaskini 24 Okt 2011, 8:54 pagi

Sebuah tadika Kemas di Alor Setar, Kedah, didapati menyimpan bahan kering makanan di sebuah bilik air, menurut audit Manual Pengurusan Tabika dan Taska yang dikeluarkan oleh Kemas.

NONE Ketua Auditor dalam laporan tahunan 2010 juga mencatatkan selain bilik air, makanan berkenaan juga disimpan di laci, bekas tong dan stor barangan lain yang tidak selamat, sesuai dan diuruskan dengan baik.

“Terdapat makanan kering yang telah disimpan terlalu lama sehingga tamat tarikh luputnya, terdedah kepada ancaman serangga perosak dan ditempatkan bersebelahan dengan bahan-bahan kimia seperti cat.

“Penyimpanan bahan makanan di tempat yang tidak sesuai boleh menyebakan ia mudah rosak dan tidak selamat digunakan,” petik laporan itu.

NONE Kajian juga mendapati sebuah tadika di Kota Bharu, menyimpan makanan kering yang dipenuhi najis lipas.

Menurut laporan itu, tadika-tadika Kemas juga didapati gagal mematuhi menu dan resipi yang ditetapkan daripada ibu pejabat Kemas dan Kementerian Kesihatan dalam penyediaan makanan.

Perkara ini berikutan tinjauan di 79 daripada 143 tadika yang dilawat oleh auditor berkenaan.

[Baca berita penuh]

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.