Tiga orang terkorban manakala lebih 40 lagi cedera dalam serangan bom berasingan yang dilakukan di seluruh wilayah Yala malam ini, sempena ulang tahun ketujuh tragedi Tak Bai.

Jurucakap polis Yala berkata bom pertama diledakkan di Lorong Sri Putra kira-kira 7 malam, dan mengorbankan dua lelaki.

Lebih 10 butir bom yang diletakkan di hotel, pusat hiburan, kedai dan restoran, meletup secara berasingan di sepanjang malam.

Pada masa ini, tidak dapat dipastikan lokasi mayat ketiga yang ditemui.

Dalam tragedi Tak Bai, 87 orang meninggal dunia akibat lemas ketika mereka diangkut dalam sebuah trak dari Tak Bai ke sebuah kem tentera di Pattani.

-- Bernama