Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kejahilan dorong Melayu bantah mansuh PPSMI
Diterbitkan:  Nov 2, 2011 4:37 PM
Dikemaskini: 8:47 AM

Tindakan sesetengah golongan Melayu yang masih membantah pemansuhan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) seolah-olah tidak menggambarkan semangat jati diri sebagai bangsa Melayu, kata tokoh bahasa Melayu Profesor Emeritus Datuk Nik Safiah Karim.

Menurutnya, tindakan golongan itu didorong sifat kejahilan kerana tidak mengetahui sejarah kegemilangan bahasa Melayu sehingga mengagungkan bahasa lain.

anti ppsmi a million post card campaign "Saya selalu merungut dan sedih apabila orang Melayu sendiri menolak bahasa kebangsaan dan memilih untuk memuja bahasa Inggeris seperti yang berlaku sekarang iaitu berkenaan dasar PPSMI," katanya.

    

Beliau berkata demikian ketika ditemui Bernama selepas majlis penutup Persidangan Antarabangsa Karya Agung Melayu Sulalat al-Salatin dan Hikayat Hang Tuah di Auditorium Seri Negeri, Ayer Keroh di Melaka.

    

Mengenai persidangan antarabangsa dua karya agung itu yang bertajuk 'Kerelevanan Citra dan Akal Budi Melayu dalam Sulalat al-Salatin dan Hikayat Hang Tuah Pada Hari Ini', Nik Safiah berkata kedua-dua karya agung itu relevan sehingga kini.

      

Beliau berkata kedua-dua karya itu menggambarkan sikap dan imej masyarakat Melayu sekarang melalui kontrak kesetiaan yang wujud antara raja Melayu dan rakyat Melayu pada zaman dahulu, sifat taat setia kepada raja yang dipegang oleh  masyarakat Melayu, huraian tentang adat dan istiadat raja Melayu dan tradisi menuntut ilmu.

- Bernama

ADS