Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Golongan minoriti juga ada hak, kata Ambiga
Diterbitkan:  Nov 4, 2011 6:42 PM
Dikemaskini: Nov 5, 2011 1:01 AM

Bekas pengerusi Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan hari ini mempertahankan penganjur program Seksualiti Merdeka, dengan menegaskan perlunya menghormati hak golongan minoriti.

Ambiga juga menjelaskan bahawa beliau bukan penganjur program itu, tetapi telah dijemput untuk merasmikannya pada 9 November atas sifat peribadinya.

Tujuan program Seksualiti Merdeka, katanya, adalah untuk memberi platform kepada komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender yang terpinggir untuk menyuarakan diskriminasi yang dihadapi dalam kehidupan seharian mereka.

"Ianya bukanlah satu program untuk menggalakkan homoseksual," katanya sambil menambah, beliau mengambil kira pendirian agama-agama utama mengenai isu homoseksual.

"Tetapi ini tidak bermakna kita tidak boleh menunjukkan kefahaman dan sensitivi terhadap komuniti terpinggir yang mengalami penindasan dan penderaan mental dan malah fizikal kerana keadaan mereka.

"Ia tidak bermakna mereka tidak mempunyai hak," tegasnya.

Ambiga dan penganjur program itu menjadi sasaran, dengan PERKASA dan gabungan NGO Islam membuat laporan polis.

Malah PERKASA telah melabelkan Ambiga sebagai 'dajal' dan mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan terhadapnya dan pihak penganjur.

PERKASA juga menggesa supaya Ambiga ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Semalam, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar mengumumkan pengharaman program itu atas sebab-sebab ketenteraman awam.

Berikutan keputusan itu, polis telah bertindak menghentikan sebuah forum malam tadi bertajuk 'Sembilan hingga Lima: Hak Seksualiti di Tempat Kerja'.

[Baca berita penuh]

ADS