Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Selepas 40 tahun, Kampung Orang Asli dapat elektrik
Diterbitkan:  Nov 5, 2011 5:02 PM
Dikemaskini: 9:04 AM

Penantian selama 40 tahun bagi 120 penduduk Orang Asli Kampung Bot Bot dekat Chenor untuk mendapatkan bekalan elektrik akhirnya kesampaian apabila kampung itu disalurkan bekalan elektrik.

Tok Batin Amran Mersat berkata Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menyalurkan bekalan elektrik Sabtu lalu.

"Saya bagi pihak penduduk mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan yang prihatin dengan kebajikan kami walaupun kami hanya kelompok minoriti sahaja," katanya ketika ditemui di Maran.

Sebahagian besar penduduk Orang Asli di kampung itu bekerja mencari hasil hutan atau menangkap ikan selain mengusahakan pertanian, kebun dan ternakan.

"Dengan adanya bekalan elektrik ini, taraf hidup penduduk di sini akan meningkat, anak-anak pula dapat belajar dengan lebih selesa," kata Amran.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS