Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Perkara 48(6) Perlembagaan tak akan dimansuh
Diterbitkan:  Nov 8, 2011 12:32 PM
Dikemaskini: 4:38 AM

Kerajaan tidak bercadang memansuhkan Perkara 48(6) Perlembagaan Persekutuan berkaitan kehilangan kelayakan seseorang anggota Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk bertanding semula dalam tempoh lima tahun selepas meletakkan jawatan.

NONE Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata peruntukan tersebut masih relevan terutama bagi mengelakkan pembaziran wang, masa dan tenaga kerana perlu melakukan semula proses pilihan raya kecil di kawasan terlibat.

"Peruntukan ini diwujudkan untuk menghalang anggota Dewan Rakyat atau DUN untuk bertanding semula dalam tempoh lima tahun. Jika dimansuhkan, maka sistem demokrasi yang kita amalkan akan terjejas semata-mata menjayakan agenda politik seseorang dan membuktikan populariti mereka. Ia tidak memberi manfaat kepada rakyat dan negara," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Karpal Singh (DAP-Gelugor) yang ingin tahu sama ada kerajaan bersedia memansuhkan peruntukan tersebut dalam Perlembagaan Persekutuan untuk memberi semangat kepada proses demokrasi.

NONE Fasal (6) Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan dan perenggan kecil 6(5) Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan masing-masing memperuntukkan bahawa jika seseorang anggota Dewan Rakyat atau DUN melepaskan keanggotaannya, beliau akan hilang kelayakan untuk menjadi anggota Dewan Rakyat atau DUN selama lima tahun dari tarikh pelepasan keanggotaannya.

Ini bermakna seseorang anggota itu tidak boleh bertanding dalam masa lima tahun dari tarikh pelepasan keanggotaannya.

Liew berkata peruntukan yang sama juga diwujudkan bagi mengelakkan pasangan atau anggota keluarga seseorang anggota Parlimen atau DUN yang telah meletakkan jawatan untuk bertanding di kerusi yang sama.

NONE Menjawab soalan tambahan Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) sama ada pilihan raya kecil paksaan seperti yang diinginkan oleh parti pembangkang merupakan satu konsep dalam memperjuangkan demokrasai, Liew berkata peruntukan 48(6) memberi peluang untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab kepada rakyat dan bukan mengutamakan agenda politik masing-masing.

"Jika seseorang anggota politik mengadakan pilihan raya kecil paksaan untuk genda tersendiri, maka ini namanya tidak bertanggungjawab dan hanya mahu uaskan hati sendiri," katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS