Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menguruskan daftar kematian rakyat Malaysia bermula Disember ini bagi memudahkan lagi proses mengemas kini daftar pemilih pilihan raya.

    

azlan Ketua Pengarah JPN Datin Jariah Mohd Said berkata Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Mahmood Adam memaklumkan bahawa perkara itu akan berkuat kuasa mulai 1 Disember ini.

    

"Apabila pemaklum memohon permit mengubur daripada pihak PDRM, permit itu akan disatukan dengan daftar kematian JPN dan ia dihubungkan terus ke pihak SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya)," katanya pada sesi pendengaran awam Jawatankuasa

Pilihan Parlimen (PSC) mengenai pembaharuan pilihan raya hari ini.

    

eliau menjelaskan sebelum ini, pewaris perlu melaporkan masing-masing kepada PDRM dan JPN bagi melaporkan kematian dan undang-undang tidak memaksa untuk laporan itu dibuat.

    

Sementara itu, Pengerusi PSC Datuk Seri Dr Maximus Ongkili memaklumkan bahawa sehingga kini, hanya 1,784 rakyat Malaysia di luar negara yang mendaftar sebagai pengundi.    

    

Namun, PSC akan mengkaji perkara itu yang menurutnya mungkin akibat kekurangan promosi mendaftar sebagai pengundi.

    

- Bernama