Poam akan kendurkan ketegangan kaum, agama
Sebuah platform untuk mengendurkan ketegangan kaum dan agama yang dimainkan oleh pihak-pihak tertentu hari ini ditubuhkan oleh gabungan kumpulan-kumpulan masyarakat sivil di Kuala Lumpur.
Pelan Tindakan Untuk Malaysia (Poam) bertujuan bukan sahaja untuk menghalang provokasi itu daripada mengganggu keseimbangan dan rasa tidak puas hati masyarakat berbilang kaum di Malaysia tetapi juga akan menentang percubaan memuncakkan ketegangan kaum dan sensitiviti pelbagai kumpulan yang berbeza.
"Oleh kerana usaha melaga-lagakan kaum tidak lagi berkesan, mereka kini bergerak ke arah mewujudkan ketegangan agama pula," kata Datuk Thasleem Mohamed Ibrahim (
kanan
), pengerusi bagi Pasukan Tindakan Interlok Nasional (NIAT) ketika ditemui pada pelancaran piagam 15 Perkara Poam, di Dewan Perhimpunan Cina Selangor, (KLSCAH) Kuala Lumpur pagi ini.
NIAT adalah salah satu daripada 21 organisasi masyarakat sivil yang membentuk Poam.
Pengerusi bersama POAM yang juga presiden KLSCAH, Tan Yew Sing, berkata walaupun matlamat utama badan itu adalah bagi mengendurkan ketegangan kaum seperti yang dinyatakan dalam piagamnya, namun pihak bersedia melibatkan diri untuk berdialog dengan kumpulan pelampau Melayu seperti PERKASA.
Bagi presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin, yang juga pengerusi Poam, badan itu sesuatu yang "unik" kerana perlembagaannya diasakan bukan -untuk "membela atau berjuang untuk" berhubung mana-mana isu-isu khusus.
Mereka sebaliknya, untuk memupuk keharmonian melalui “rundingan tidak berkonfrontasi", meningkatkan kesedaran awam dan melibatkan diri dengan kumpulan-kumpulan tertentu dan pihak berkuasa.
Menurut Zaid ( kiri ) , Poam juga akan menjalankan penyelidikan dasar.
"Kumpulan seperti PERKASA mungkin mempunyai pandangan yang kita berkongsi bersama," katanya.
[Baca berita penuh]

