Bekas Timbalan Presiden MIC Datuk S Subramaniam berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan otak selama lima jam, yang berakhir pukul 2 pagi tadi.

NONE Bekas setiausaha dan rakan karib beliau, R Balakrishnan berkata doktor berjaya menghentikan pendarahan dan mengeluarkan darah beku.

"Secara keseluruhan, tekanan darah dan denyutan jantung serta nadi beliau adalah dalam keadaan stabil,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ahli politik veteran itu ke Hospital Assunta di Petaling Jaya pada Jumaat malam selepas mengalami masalah kesihatan sebelum dipindahkan ke Pusat Perubatan Pantai di Kaual Lumpur pagi semalam.

Balakrishnan berkata, sejurus tiba di Pusat Perubatan Pantai, Subramaniam terus dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan beliau masih tidak sedarkan diri selepas pembedahan.

- Bernama