Fong ingatkan KWSP jangan pertikai kebijaksaan pencarum
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diingatkan bahawa adalah tidak wajar mempertikaikan keupayaan dan kebijaksanaan pencarumnya dalam menggunakan wang caruman mereka selepas bersara.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diingatkan bahawa adalah tidak wajar mempertikaikan keupayaan dan kebijaksanaan pencarumnya dalam menggunakan wang caruman mereka selepas bersara.
Oleh kerana wang tersebut adalah milik pencarum, maka mereka yang mencapai usia 55 tahun harus dibenarkan mengeluarkan sekaligus wang caruman masing-masing, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Dr Fong Chan Onn.
"Ia wang mereka. Kita harus menghormati kebijaksanaan mereka dan keupayaan untuk menguruskan wang mereka itu. KWSP tidak boleh menganggap bahawa ia boleh menguruskan wang itu dengan lebih baik berbanding pencarum.
"Banyak daripada mereka memerlukan wang itu untuk menjalankan perniagaan. Saya rasa jika mereka perlu mengeluarkan semua wang simpanan itu sekali gus, kita perlu menghormatinya," tambahnya.
Bernama
memetik Dr Fong sebagai berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Hari Kualiti Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) 2003 di Menara Perkeso di Kuala Lumpur hari ini.Katanya, cadangan untuk membayar wang itu secara ansuran selepas mereka bersara, hanya boleh ditawarkan sebagai alternatif.
Aset
Cadangan KWSP itu menerima bantahan banyak pihak, termasuk parti-parti politik.
Isnin lalu, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Azlan Zainol menjelaskan cadangan itu masih di peringkat kajian dan status quo berhubung pengeluaran wang simpanan itu semasa persaraan terus kekal.
Manakala Pengerusi KWSP Tan Sri Abdul Halim Ali pula, dalam satu kenyataan semalam, menafikan kajian semula pengeluaran wang caruman disebabkan kerana kekangan tabungan.
Sebaliknya, kata beliau, KWSP menikmati pertumbuhan aset sebanyak RM20 bilion setahun dan kemasukan wang tunai yang mantap dengan caruman melebihi pengeluaran kira-kira RM10 bilion.
Tabungan KWSP melebihi RM219 bilion dan lebih separuh daripadanya berupa cair atau hampir cair.
Semasa tempoh kajian semula ini, mungkin terdapat kebimbangan pelbagai pihak bahawa KWSP sedang melakukan kajian semula kerana masalah kekangan tabungan, katanya.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.