Syarikat gergasi minyak sawit, Sime Darby Bhd menafikan dakwaan di laman web Sarawak Report bahawa ia telah "membela” dan "mempengaruhi" seorang ahli ekonomi terkemuka Amerika Syarikat untuk menjuarai aktivitinya.

NONE Konglomerat itu berkata bahawa mereka tidak membayar Profesor Jeremy D Sachs, bagi mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang memihak firma itu.

Bagaiamanapun Sime Darby mengakui, Sachs pernah menjadi tetamunya di Pulau Carey pada tahun 2008 dan juga membuat bayaran tunai langsung sebagai geran kepada Earth Institute yang sekarang diterajui oleh ahli ekonomi itu.

Syarikat itu juga mengakui pernah mendapatkan perkhidmatan firma perhubungan awam yang berpangkalan di UK,FBC Media Ltd pada tahun 2007, bersama-sama dengan syarikat dan perunding bagi melaksanakan strategi komunikasi dan jenama yang strategik.

Bagaimanapun perkhidmatan FBC  ditamatkan pada bulan November 2008, kerana pandangan berbeza berhubung isu-isu tertentu.

NONE "Namun, ia bukan kempen haram PR yang haram seperti yang didakwa di artikel itu... (kita) tidak pernah 'bela' atau ‘pengaruh’ Sachs untuk menjuarai bagi pihak kumpulan kami," kata Sime Darby sebagai menjawab e-mel daripada Malaysiakini .

Bagaimanapun, setkat ini, tiada jawapan daripada Sachs berhubung dakwaan yang dibuat oleh portal Sarawak Report itu.

[Baca berita penuh]