Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Upko tolak pendaftaran pengundi secara automatik

Sementara parti pembangkang di Semenanjung menyokong proses pendaftaran pengundi secara automatik, tetapi sebuah parti komponen BN di Sabah - Upko - pula tidak bersetuju kerana keadaan yang unik di negeri itu.

cpps 9mp forum 240408 wilfred madius tangau Setiausaha agungnya, Wilfred Madius Tangau (kiri) berkata, ia

kerana terdapatnya rakyat asing memegang kad pengenalan secara haram ekoran kempen kontroversi 'Projek IC' kontroversi pada tahun 1990-an.

"Kami tidak yakin tentang pendaftaran pengundi secara automatik kerana selagi Projek IC tidak diselesaikan, maka pendatang tanpa izin yang memiliki kad pengenalan, boleh mendaftar sebagai pengundi.

"Jika ia boleh dibersihkan (pangkalan data JPN), maka kita akan bersetuju," katanya semasa pendengaran jawatankuasa pilihan parlimen (PSC) mengenai penambahbaikan pilihan raya, di Kota Kinabalu hari ini.

Upko adalah salah sebuah daripada dua parti komponen BN di Sabah yang menghadiri sesi pendengaran PSC. Sebuah lagi ialah Parti Demokratik Liberal (LDP).

Peruntukan kerusi tidak adil

Wilfred juga menimbulkan persoalan peruntukan kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak yang menurutnya tidak mematuhi perjanjian semasa pembentukan Malaysia.

"Apabila Malaysia mula-mula ditubuhkan, Malaya mempunyai 104 kerusi Parlimen manakala Sabah mempunyai 16, Sarawak ada 24 manakala Singapura mempunyai 15. Jika kita analisa peratusan kerusi di luar Semenanjung Malaysia, maka ia adalah 34 peratus."

Ini, katanya, adalah mengikut peruntukan undang-undang untuk mencegah Semenanjung Malaysia dari mengawal lebih daripada dua pertiga majoriti di Parlimen dan menjadikan Sabah dan Sarawak tertakluk kepada belas Semenanjung Malaysia.

"Tetapi semasa pilihan raya umum 1974, kerusi di Semenanjung Malaysia meningkat kepada 154 tetapi tidak ada perubahan di Sabah dan Sarawak.

"Apabila Suruhanjaya Pilihan Raya menentukan bilangan kerusi, ia telah gagal untuk mengambil kira sejarah dan peruntukan perjanjian Malaysia dan tuntutan  dalam Suruhanjaya Cobbold," katanya.

Pada masa ini, terdapat 222 kerusi di Parlimen, di mana 25 daripadanya adalah di Sabah manakala sebanyak 31 lagi di Sarawak.

[Baca berita penuh]

ADS