Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Hello MP, kami sedang perhatikan cara awak undi'
Diterbitkan:  Nov 29, 2011 4:24 PM
Dikemaskini: 8:29 AM

Ketika masyarakat sivil termasuk Majlis Peguam mengadakan perarakan untuk memaksa kerajaan menarik balik rang undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang akan diundi malam ini, warga maya menjalankan kempen sendiri di alam siber.

NONE Meminjam konsep bekas presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan yang mahu setiap ahli parlimen "bertanggungjawab kepada pengundi mereka", warga maya melancarkan kempen mengingatkan wakil rakyat mereka bahawa corak pengundian mereka berhubung rang undang-undang kontroversi itu akan juga ditentukan pada pilihan raya akan datang.

Melalui kempen yang dikenali sebagai '# HelloMP' warga maya memuat-naikkan gambar mereka memegang sehelai kertas dengan nama kawasan pilihan raya dan wakil rakyat, menggesa mereka menolak rang undang-undang itu di Facebook.

NONE Sebuah laman web juga ditubuhkan untuk kempen berkenaan dengan arahan lengkap mengenai bagaimana rakyat boleh menyuarakan bantahan mereka terhadap rang undang-undang itu kepada ahli parlimen melalui e-mel dan mesej teks ringkas atau secara alternatif menandatangani petisyen dalam talian.

Kempen ini juga telah disebarkan ke Twitter dengan pengguna secara langsung menghubungi ahli parlimen masing-masing di laman mikro-blogging, menggesa mereka untuk menolak rang undang-undang itu.

Seabagai contoh, pengguna mikelanding1 menghantar tweet kepada ahli parlimen Bukit Katil, Datuk Md Sirat Abu: "# HelloMP @ datukmdsirat sebagai MP saya, tolong tolak Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman! Saya tidak mahu disaman apabila ‘berhimpun’  di gerai mamak,".

[Baca berita penuh]

ADS