AirAsia terus kempen bantah MAHB naik cukai
Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia berikrar untuk meneruskan kempen menentang kenaikan cukai lapangan terbang oleh Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB).
Seseorang pegawai AirAsia yang enggan namanya disiarkan, berkata
kempen tersebut akan diteruskan tanpa memperdulikan gangguan MAHB ke atas kakitangan AirAsia.
Dia bagaimanapun enggan menyatakan butiran apa yang mencetuskan kempen tersebut tetapi menegaskan ia adalah keputusan bersama AirAsia.
Bagaimanapun, katanya, MAHB tidak lagi bertindak sekeras semalam terhadap kempen tersebut.
"Sehingga hari ini, mereka tidak se-agresif semalam, mereka hanya menurunkan poster dan pelekat kami."
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tony Fernandez mengumumkan melalui Twitter pada 30 November lalu mengenai kempen membantah langkan MAHB menaikkan cukai di 27 lapangan terbang di bawah pengurusannya.
Bagaimanapun, sebaik sahaja kempen itu dilancarkan, Fernandes mendakwa pegawai lapangan terbang cuba menakut-nakutkan kakitangannya.
Menulis dalam twitternya, Fernandes mendakwa, kakitangan
lapangan terbang Malaysia mengoyak poster dan mengambil pas lapangan terbang dari kakitangan AirAsia.
AirAsia juga melancarkan kempen siber, di mana mereka yang membuat tempahan tiket, mendapat mesej meminta mereka menyokong kempen itu, di atas emel kepada pelanggan.
[Baca berita penuh]

