Keretapi Bkt Bendera dihenti sementara 9 hingga 15 Jan
Perkhidmatan kereta api Bukit Bendera akan dihentikan sementara selama tujuh hari mulai 9 Januari depan bagi tujuan pemeriksaan dan penyelenggaraan.
Pengurus Pemasaran dan Promosi Bahagian Perbadanan Bukit Bendera Anne Goh berkata operasi kereta api berkenaan akan berjalan seperti biasa selepas penyelenggaraan tahunan itu.
"Orang ramai atau pelawat boleh memilih untuk menggunakan laluan alternatif iaitu Track Jeep dari Taman Botani atau menggunakan laluan mendaki yang sedia ada untuk ke Bukit Bendera," katanya dalam kenyataan di George Town hari ini.
Beliau berkata orang ramai juga boleh melayari lamanweb www.penanghill.gov.my bagi menyemak jadual dan sebarang perkembangan terkini mengenai perkhidmatan kereta api itu.
- Bernama

